Saya copy paste resepi ni dari blog
http://www.azlitamasammanis.com/2015/09/kek-milo-3-minit-osem.html untuk rujukan saya d masa akan dtg lau krjinan nk mcuba dtg sng nk bt.tgk kt blog sndri je..hihihi...
korang jom Like Page aku NM Corner di facebook.:)
KEK MILO 3 MINIT
Resepi Oleh : Siti Nor Arbi Ibrahim
Rujukkan : Masak Apa Hari Ini
4 sudu besar tepung gandum
4 sudu besar Milo
4 sudu besar gula kastor atau gula halus
4 sudu besar susu segar
4 sudu besar minyak jagung
1 biji telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
sedikit choc cip dan choc rice untuk hiasan
2 mug atau ramekin ( yang boleh di bakar dalam microwave )
Sebaiknya tepung gandum dan baking powder di ayak bersama terlebih dahulu
Masukkan milo, tepung, gula, baking powder, susu, minyak jagung, telur dan vanilla ke dalam mangkuk pengadun
Kacau adunan rata dengan senduk kayu, sudu atau wisk
Kacau rata
Sedikan ramekin atau mug atau apa-apa mangkuk yang boleh di bakar dalam microwave
Tuangkan adunan kedalam mangkuk 3/4 atau 1/2 bahagian mangkuk sahaja , kerana adunan akan naik dan di takuti membuak dan tumpah
Akhir sekali taburkan choc cip atau choc rice dia atasnya
Bakar dalam microwave selama 3 minit sahaja. Kalau lebih masa bakar dia akan sedikit keras. Kalau 3 minit ngam-ngam sedap dan lembut.
Kalau tak ada microwave boleh juga di bakar dalam oven, masa membakar lebih kurang 15 minit jika menggunakan oven.
Inilah hasilnya setelah masak.
Sedap sangat bila di hidangkan dengan curahan Melty Hersheys.
Makan hangat-hangat pulak tu.. kalau ada ice cream vanilla lagilah walla!
Nak tengok betapa lembut kejadiannya..
Nampak tu....
Gebukan.. bersakar-sakar lagi...
Jom cuba!
alamak jelousnya rsa nk cuba je.tp milo xde kt umah.kna boikot.huhu..nti cuba pkai susu tepung dutch lady coklat.haha..



Hotels near casino del colombe las vegas - Mapyro
ReplyDeleteCasino del 진주 출장안마 colombe las vegas 시흥 출장안마 Close to casino hotel. 통영 출장마사지 The El Yucateco & Salsa Picante. Near 충청남도 출장안마 me. Open from 평택 출장샵 12:00 PM.