Wednesday, 9 March 2016

Brownie microwave

Saya copy paste resepi ni dari blog http://www.enyabdullah.com/2015/06/brownie-microwave-cepat-dan-mudah.html untuk tujuan rujukan saya d masa akan dtg. 


Resepi Brownie Microwave In Cup

Untuk 2 cawan saiz biasa

Bahan-bahan :
1/2 cawan tepung gandum
1/4 cawan gula
2 sudu besar serbuk koko Van Houtten
1 1/2 sudu kecil baking powder
1 biji telur
4-5 sudu minyak masak
4-5 sudu air / susu
1/2 sudu kecil esen vanila

Topping :
Chocolate button /coins
Kepingan Almond

Cara :

Campur tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan gula. Kacau rata dan sebati

Pecahkan telur, masukkan minyak dan air atau susu.

Kalau pekat sangat boleh tambah jumlah cecair tu. Jangan risau.

Brownies CUp

Masukkan dalam cawan seramik (microwave save) dan taburkan coklat button diatasnya bersama kepingan badam.

Masukkan cawan berisi adunan tadi kedalam micorwave

Kalau pakai microwave oven, set on high selama 1 minit setengah. Kalau masih tak masak tambah masa. Kadang-kadang less than 1 minit pun dah naik kembang kek tu. (micorwave oven selalu dalamnya warna silver besi dan bersaiz besar).

Kalau microwave biasa (selalunya dalamnya warna putih dan saiz kecik) setkan selama 3 minit. Kalau tak masak tambah masa.

Brownies CUp

Coklat kat atas tu akan mencair... dan menjadi topping diatas brownie tu. Memang sedap!

Brownies CUp

Brownies CUp

Inilah texture yang kita nak, moist and gooey, macam puding sikit. Sesuai buat untuk berbuka puasa atau waktu sahur nanti kan :)

Brownies CUp

Masak Kek Milo 3 Minit

Saya copy paste resepi ni dari blog 
http://www.azlitamasammanis.com/2015/09/kek-milo-3-minit-osem.html untuk rujukan saya d masa akan dtg lau krjinan nk mcuba dtg sng nk bt.tgk kt blog sndri je..hihihi...

korang jom Like Page aku NM Corner di facebook.:)

KEK MILO 3 MINIT
Resepi Oleh : Siti Nor Arbi Ibrahim
Rujukkan : Masak Apa Hari Ini


4 sudu besar tepung gandum
4 sudu besar Milo
4 sudu besar gula kastor atau gula halus
4 sudu besar susu segar
4 sudu besar minyak jagung
1 biji telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
sedikit choc cip dan choc rice untuk hiasan
2 mug atau ramekin ( yang boleh di bakar dalam microwave )


Sebaiknya tepung gandum dan baking powder di ayak bersama terlebih dahulu
Masukkan milo, tepung, gula, baking powder, susu, minyak jagung, telur dan vanilla ke dalam mangkuk pengadun
Kacau adunan rata dengan senduk kayu, sudu atau wisk
Kacau rata


Sedikan ramekin atau mug atau apa-apa mangkuk yang boleh di bakar dalam microwave
Tuangkan adunan kedalam mangkuk 3/4 atau 1/2 bahagian mangkuk sahaja , kerana adunan akan naik dan di takuti membuak dan tumpah
Akhir sekali taburkan choc cip atau choc rice dia atasnya


Bakar dalam microwave selama 3 minit sahaja. Kalau lebih masa bakar dia akan sedikit keras. Kalau 3 minit ngam-ngam sedap dan lembut.
Kalau tak ada microwave boleh juga di bakar dalam oven, masa membakar lebih kurang 15 minit jika menggunakan oven.


Inilah hasilnya setelah masak.
Sedap sangat bila di hidangkan dengan curahan Melty Hersheys.
Makan hangat-hangat pulak tu.. kalau ada ice cream vanilla lagilah walla!

Nak tengok betapa lembut kejadiannya..


Nampak tu....
Gebukan.. bersakar-sakar lagi...
Jom cuba!

alamak jelousnya rsa nk cuba je.tp milo xde kt umah.kna boikot.huhu..nti cuba pkai susu tepung dutch lady coklat.haha..